Posts

10 Makanan Tradisi Sabah Yang Anda WAJIB Cuba (Unik tetapi Enak!)

Image
  10 Makanan Tradisi Sabah Yang Anda WAJIB Cuba (Unik tetapi Enak!) Tahukah anda yang Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia? Tidak dinafikan negeri Sabah memang merupakan antara negeri yang menjadi tarikan pelancongan utama di negara kita. Sebut sahaja daerahnya, pasti ramai pelancongnya. Selalunya kita terbiasa mencuba makanan tradisi di negeri Semenanjung Malaysia, apa kata kali ini anda tukar selera untuk mencuba makanan tradisi Sabah pula? Hidangan ini terdiri daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. Fakta menarik tentang Hinava ialah isi ikannya tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan adanya perahan jus limau. Ala-ala sushi juga hidangan ini, bukan? #2 Ambuyat Di Sabah dan Sarawak, hidangan ini dikenali dengan linut. Namun secara amnya, hidangan ini selalunya dipanggil ambuyat. Hidangan ini cukup terkenal di negeri-negeri Borneo seperti Sabah dan Sarawak ...